HomeProfile

 

AVNS adalah AV Network Secure Sdn. Bhd. yang ditubuhkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 25 Jun 2013 dengan pendaftaran 1051460-P dengan pemegang syer dan pemilikan status Bumiputera. Bidang perniagaan utama adalah berkaitan keselamatan teknologi maklumat dan perisian dalam talian. Skop yang mencabar ini memaksa kami bersaing dengan syarikat yang berteknologi tinggi dan secara langsung meningkatkan keupayaan kami seiring dengan kemajuan teknologi terkini dalam teknologi maklumat.

 



VISI

Memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan memuaskan kepada pelanggan

Memberikan penyelesaian kepada pelanggan berkaitan permasalahan dan kekurangan sistem keselamatan IT dan mempermudahkan mereka mengendalikannya 

 

 Fokus

  • Penyelesaian masalah berkaitan Antivirus
  • Mempermudahkan pengendalian sistem keselamatan oleh anda
  • Meningkatkan pemahaman konsep pengurusan keselamatan IT
  • Memberikan pulangan yang lebih baik kepada pelanggan dari aspek keuntungan dan kepuasan

Pada masa kini AVNS telah mendapat kepercayaan daripada syarikat antarabangsa seperti GFI Software yang membangunkan teknologi pengurusan keselamatan IT yang digunapakai di beberapa negara di dunia. Pendekatan oleh GFI Software adalah lebih mudah dan kos yang minima pada kawalan mutu yang berkualiti. Selain itu beberapa syarikat lain seperti Panda Security, Emsisoft, McAfee, Kaspersky telah memberi peluang kepada kami untuk menyampaikan teknologi mereka kepada anda sebagai pilihan.

Bersamalah kami dalam menyelesaikan masalah keselematan IT anda 

"Do Your Business – Leave AV To Us"

Joomla templates by Joomlashine