HomeProduk & Perkhidmatan

Produk dan Perkhidmatan

 

Perundingan

Kami sedia menganalisa masalah anda dalam aspek pengawalan keselamatan IT dan memberi cadangan penambahbaikan untuk mengurangkan risiko dalam kerosakan atau kerugian akibat kelemahan sistem kawalan IT yang sedia ada.

 

Pemasangan dan pengujian

Perkhidmatan pemasangan pada kadar yang minimum dan proses dibuat mengikut keperluan anda. Pemasangan sehingga pengujian sistem perisian dibuat dengan standard prosedur yang terbaik

 

Latihan pengawalan perisian

Kami sedia menawarkan perkhidmatan ini kepada organisasi anda supaya memudahkan pengurusan dan pengawalan oleh anda secara total yang mana lebih baik dan lebih terkawal

 

Pengawasan (Monitoring) sistem perisian

Bagi mengurangkan beban tugas dan masa, kami menyediakan khidmat pengawasan perisian yang mana kami akan pantau dari masa ke semasa segala ancaman virus yang bertindak keatas perisian yang telah dipasang termasuk mengemaskini pangkalan data virus dan meningkatkan fail kemaskinian daripada pembangun perisian. Pakej pengemaskinian tidak melibatkan kos tambahan.

 

Laporan perincian perolehan sistem perisian

Bagi memastikan sistem pengawalan IT bertindak dan berkesan dalam menyelesaikan masalah virus anda, kami menyediakan laporan terperinci perolehan sistem perisian dari masa ke semasa mengikut keperluan anda dan secara langsung ini dapat meningkatkan keyakinan anda terhadap produk yang kami pasangkan.

Joomla templates by Joomlashine